THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, November 18, 2011

holla molla :D

weyhh dah lama gila tak update! dah berhabuk. hahaha i will update after submit my 4K words essay. *BORRRRIINNGGGG*. apa la masalah dorg nak suruh kita type pepanjang. dorg jugak penat nak baca. haih. okayy byeee :D



peace yawww!

Tuesday, June 28, 2011

Popilla.

assalamualaikum :) today saya nak share pasal food. okay, actually kedai ni dah lama saya nampak tapi macam tak ter'pegi' pun, sebab takut macam tak sedap ke ape. one day kedai ni di introduce oleh kawan saya ZAFIRAH, die cakap SEDAP! sebab i know dia pun suka MEXICAN food so, i trust her, then saya pun pegi kedai tu andddd memang SEDAP. nama kedai ni POPILLA which kedai ni sell MEXICAN food. sedapnyeeee! basically memang susah nak cari kedai jual MEXICAN food, yang saya tahu pun kat CHILIS je. info pasal kedai ni :





  • nama kedai tu POPILLA. nak pronounce 'POPIYA' jangan tanya kenapa sebab MEXICAN memang pronounce macam tu.
  • dekat IKANO.
  • level 1 kot. betul2 depan COLD STORAGE.
  • in between FAMOS AMOS and NEW ZEALAND ICE CREAM.
  • PRICE RANGE takde la mahal sangat. FOOD punya price start from RM4 and above.
  • kedai tu ada jual, TACO, QUESADILLA,NACHOS,BURITTOS and etc.





dah jadi addicted nak makan TACO lagi2 dok buat entry pasal bende alah ni aduhaiiii. saya punya favorite SOUTHWEST CHIC and CHEEZY CHIC based nye adalah CHICKEN as saya memang tak makan daging so saya xtau yang lain. SUMPAH SEDAP! kepada sesape yang suka BEEF sila try CHILI CORN CARNE sebab ZAFIRAH cakap sedap.hahaha tapi tak boleh la selalu, bukan pasal price nye mahal tapi jauh nak pergi ke IKANO. al-maklumlah minyak sekarang kan mahal :). so, everytime ada area sana memang saya akan makan kat situ.


.BF saya makan CHEEZY CHIC. TACO.

kan best kalau POPILLA bukak kat SEGI. tiap hari boleh makan. dah la murah pastu healthy except for the cheese laaa hahahaha so, sesape ada kat IKANO ke CURVE ke IKEA ke..... sila lah datang kat kedai tu and try. best la sesekali kita tuko selero kannnn :)

peace yaww!

Friday, June 24, 2011

choices.

hyeeeeeeee..... today saya nak blog pasal ice-cream. i LOVE ice-cream. toksah nak fikir2 chocolate semua tu.... ice-cream jugak the best. stress pun saya cari ice-cream. merajuk pun saya cari ice-cream. sekarang ni kat MALAYSIA macam2 brand ice-cream wujud. so, saya nak cerita each ice-cream brand and apa yang special.

ok. here we go...


1. BASKIN ROBIN



sedap nak mampos hahaha. my all time favourite 'Strawberry cheesecake' sebab apa2 pun memang selalu pilih tu. speacialnye BR ni every month ada 'flavor of the month' which sometimes la saya suka like last month was 'toasted coconut crunch', gila awesome okay! grrrrr! pink day promotion tu memang worth it, RM8 for double scoop junior which kita boleh pilih nak dalam cup or cone :)! what can i say BR ni unique sebab flavor dorang semua best2. tapi cake dia mahal so toksah beli hahahahahah


2. TUTTI FRUTTI



actually, TF ni frozen yogurt tapi macam ice-cream je la sebab dua2 pun sejuk, cuma texture TF ni lagi smooth. rasa macam masam2 manis tapi tak lah semasam yogurt yang kite dok beli kat kedai tu... harga agak pelik sikit sebab depends on berapa berat kita ambik RM5.30/gram. selalu saya beli tak lebih rm10.... so kena la pepandai budget.
TF ni self-service concept so kena la pepandai budget, kalo di ikut kan nafsu serakahhhh memang berpuluh ringgit la jawab nyee... flavor TF okay laa.... my favourite strawberry,coffee, red velvet, peach, passion fruit and semua flavor yang berry2 la :) nyummmmm. bak kata TF ni, konon nye frozen yogurt ni FAT FREE! so boleh la makan bebanyakkkssss tapi jangan over sampai kena sweet pee (koncing maneh) hahahaha TF ada promotion every ape ntah tuesday ke wednesday dalam 20%.


3. BUCKETS



okeh, ni confirm korang macam jarang dengar atau pun tak pernah dengar langsung. actually, BUCKETS ni ice-cream high standard macam BR semua tu la... tapi it's from MALAYSIA. first time i tried the ice cream.. walllaaaaaaaa.... sedapppppp and proud gilaaaa sebab ice-cream MALAYSIA ni setanding dengan yang brand hebat2 :). BUCKETS ni baru lagi established so tak banyak sangat lagi outlet bukak. the one i know is kat THE STRAND,DAMANSARA. basically the flavors banyak based on buah2 kat MALAYSIA for example kedondong,pisang,durian. special nye ice-cream ni, dia produce 1 flavor 1 bucket je sebab nak maintain the freshness and and the ice-cream di produce kat dalam kedai tu jugakkkkk :). my favourite LEMON SORBET, PASSION FRUIT SORBET and MASCAPORNE CHEESE WITH WILD BERRIES ke ape ntah tak ingat. the taste is exactly macam korang makan buah tu, sebijik rasa!! my friend tried DURIAN and dia cakap macam makan buah DURIAN exactly! best kan best kan?? and BUCKETS punya waffle cone sumpah sedap!! homemade tauuu... the price RM6.90/scoop, yes agak mahal but worth it untuk sekali sekala la... kang habis pulakkk duitsss yang tak berapa nak banyak tuu. hahaha.


4. NEW ZEALAND ICE-CREAM


NZ ice-cream ni lebih kurang BR je.... price RM6.90/scoop.... flavor pun ala2 BR je.... sedap pun mcm BR je.... so pegi memane pun sama je cuma NZ ice-cream takde promotion mcm BR and TF.


lepas ni boleh la korang makan ice-cream. tapi jangan selalu okay. jimat duit and jaga kesihatan :)


peace yaww!!

Tuesday, June 21, 2011

awesome weekend with my sayang :)

assalamualaikum :). today punya entry macam pelikkk sebab kitorang jarang, bukan jarang la memang takde la spend time weekend! my BF selalu kena balik sepang to settle his stuff, memang every weekend pun balik sepang. as dia ada kerja sikit and teman saya pergi bday party khadirah so the whole day i was with him. woke up and lunch pastu, we went to OU nak cari present for Khadirah, as usual i love forever21 punya accesories. last time i bought necklace for my future in law sister ;p and cantikkk sangat so i decided nak beli for Khadirah jugak.
surprisingly, my BF yang pilih untuk Khadira which pendant necklace tu ada small robot figurine with crystal eyes. cantik kan. haaaa, not bad jugak taste si BF ni. agak ye idea dia tiba2 ok kot sebab takut lama sangat kat sana haaaaa kantoiiii. biasa la, lelaki memang mcm tu. hahaha jangan marah sayang :p . okay dah setel dengan present. kitorang pun jenjalan laa sekitar OU.weekend memang la ramai. nak tengok movie pun tak jadi sebab semua 'selling fast' hampehh! so, kitorang pun jenjalan and SEMUA pun SALE haihhhh..... sabar jeeeee. i have to save my money for the anniversary.

but i did buy lipgloss from ELIANTO which after discount was RM7.50 murah kan kan. rasa macam nak beli complete set sebab saya rasa macam it's dah time for me to wear make up kot but not la yang heavy2 sangat simple je la. tapi slow2 la kot, kumpul sikit2.

we went to PADINI, okay ...if korang nak tau PADINI ni addiction BF saya. dia ada like banyak sangat tshirt PADINI. dia cakap selesa and the size just fit dengan my BF which size XL hahaha yang paling besarrrr sekali :) selalu nya 50% je discount nak nak pulak hari tu 70% hambikkk ko after less dalam RM14.70 kot haaaa murah kan. so i bought for him :) 3 helai. yaaayyy!
banyak lagi best2 tapi kena saving la duit kan. then after tu kitorang pun nak balik. so on the way nak balik tu :

BF : u nak pergi jogging ke urut?

ME: urutttt la sayang *happy face*

BF : okay, kita g urut ye.

haaaaaaaaaaaaaaa.......... bestt je.

last time, i ada cakap dengan BF ada satu tempat reflefxology kat GIANT ni best sangat. actually tempat massage tu orang buta punya not semua la buta, some of them ada problem kat mata so tak boleh nampak sangat. dorang TERBAIK okay. dorang boleh tau kita sakit apa. that was my second time visit and abang massage favourite i tu BF ambik. abang tu like TERER gila, dia bleh cakap kita sakit ni ke tu ke. massage tu pun murah je kitorang buat 15 minutes for Rm10. murah and berbaloi. sambil tu bleh tolong orang2 kurang upaya kan.
after massage, kitorang balik and tido. pastu dinner pastu bday party khadira.

al-kisah cerita saya hari sabtu :) besttt sangatttt :)

okay, sekarang hari ahad pulak. hmmmm..

tak best langsung sebab kochi mati :( pastu balik rumah and tanam. after tu, nak happy kan hati BF saya bawak pergi IKANO nak makan taco :). kurang sikit sedih dapat taco sedap. BF taknak makan sebab dia dah makan ayam gorang SHIHLIN SNACK tu... korang tau kann?? so, saya beli 1 set which ada 2 tacos and air pinnyaaaa colada. heaven!


.southwest chic taco.

.dia curik saya punya.

after makannn :) kitorang jenjalan sekitar IKANO. pastu pergi TOYS' R US, our favourite place. BF suka ROBOT and CARS, me suka BARBIE... BARBIE and BARBIE.


.BF dengan BUMBLEBEE.

.me with OPTIMUS PRIME. kuku dah match tapi baju outt...

BF jadi THEODORE. dah sama dah tu size nyeee...

that's all..... bestttttt :) looking forward to our ANNIVERSARY. :)

p/s: can i have BARBIE for my present :P
peace yaww!

Monday, June 20, 2011

miss my little kochi :(

19/06/2011. i don't know how to describe my feelings right now, is just that i'm tooo sad because of my little kochi died yesterday in front of my eyes. actually, doctor diagnosed that she's having a spine cord problem and we need to bring her to the hospital that treat exotic pets. normal clinic can only treat cat, dog and stuff. we have to wait for monday la kan, as usual korang tau la kan goverment hospital tak bukak weekend. haih. tapi tak sempat. it's okay la kan dari kochi suffer, saya lagi sedih tengok. time nafas2 terakhir tu i was crying like kuat nak mampos sebab sedihhh sangat tengok dia sakitt :(. after she died, me and BF straight away pergi balik rumah saya untuk tanam kat sana. sedih nyeee! kesian Lui tak tau pun yang partner dia dah mati. i will cari new wife for Lui, but not now la. still rasa sedih and rindu sangat kat kochi.

.IN MEMORY.

p/s : mummy miss u sooooo much :(

:(

Wednesday, June 15, 2011

ginipigs.

bermula nya niat untuk membela ginipig ni waktu duduk kat bilik, sebab bosan sangat selalu duduk sorang2 so belilah kat uptown K.D. kat situ la paling murah and breed die bagus. ginipig dia tak de sakit2. semua healthy! my first ginipig was Lui. ok, macam mana dapat nama Lui ni actually inspired from designer brand. nama Lui tu dapat from Louis Vuitton, tapi dipendekkan jadi Lui. memang awal2 dah cakap kat pet shop tu saya nak ginipig with 3 colors (putih, hitam,chocolate), macam kat gambar bawah ni :



ni bukan Lui tauuu, ni dalam google images. contoh time2 nak beli Lui.

after saya booking, tak sampai beberapa hari, kakak tu pun call cakap ginipig yang saya nak dah ada. excited nye time tu. so, sampai2 je kakak tu tunjukkan. Ya Allah... terus fall in love :). ni la Lui :


this is my handsome Lui. male. 6/3/2011 (time ambik Lui ni, Dia baru 2 months). adorable. kuat makan. manja. active
gila.


mula2 bawak balik kat hostel, Lui ni pemalu gila. nak duduk nyorok jeeee. gerammm sangatt.. nak makan pun malu. bila saya dah takde baru nak makan. sekarang ni toksah cakap. ada ke takde... siap berebut tarik2 kat tangan lagi. everytime makan macam kebulur. sekarang ni dah 5 months. besaaaarrrr dahh...

tengok kat belakang tu, Lui dah besar. gemuk sampai ear dah jadi loop. comellll :)


after few weeks, saya pun dah start booking untuk female. kakak petshop tu cakap, female ni rare sikit sebab dorg simpan untuk mating. alhamdulillah, saya dapat. namanya kochi inspired by Coach.


ni nama nya Kochi. female. 20/3/2011 (time ni pun dia baru 2 months). cute. energetic. lagi hyper dari Lui. ganas gila. hahaha

Happy je ada dorg ni... adorable. boleh lepas2 kat mana2 je. nanti pandai sendiri masuk cage. baik kan kan?? ada sekor kucing kat rumah, nama nya Rimba baik je ngan dorg ni. masuk cage sama2 pun duduk diam je. letak kat luar pun diam je. takde pun nak cakar ke ape.

Lui and Rimba.


Kochi and Rimba.


sampai sini saja okay. nanti update lagi pasal dorg.

peace yaww!


help me !!!

okay okay. lagi 2 weeks my 4 years anniversary dengan Mohd Hazwan B. Ahyah. excited gila okayyyy. tapi present dah bagi pun. mine dia bagi handbag Guess and saya bagi die dumbell 10kgs 1 set means kanan and kiri la. but stilllll, tak puas hati lagi. so ktorg plan nak celebrate jugak. i was planning nak buat surprise dinner. tapiiii taktau kat mana????? dalam otak saya either Chilis or TGIF... nak bawak kat tempat lain memang tak mampu. so sederhana je pun dah okay. korang rasa kat mana? tapi dua2 pun makanan sedapppppppp aiyooooooo :) fenin fenin. Bf pun akan prepare something which saya tak tau ape2. hope relationship ni sampai akhir hayat kami. amin :)

psssss : jangan bagitau BF saya okayyy. rahsiaaa.

peace yawww!

workshop :)

hey hey... how's your day? mine was greatttttt. today saya dok teman si BF saya pergi workshop. i knowwwww memang tak best untuk perempuan ayu macam kita ni (eh eh.. sape pulak kita?? hahaha) nak pergi tempat panas, kotor and yang paling penting boring kan kan??. but best ape dapat lepak dengan BF kita tak kira la pegi mana pun kan, tempat tak best pun jadi best kan kan?? and and atleast kita sebagai perempuan dapat la sesikit knowledge pasal kereta. i know it's not our job kan pesal kete2 ni... takpe la kan general knowledge. so okay laaa kan. cuaca hari agak okayyyy... mendunggg sajaaa.first first kitorang pergi 'SKIMMING BRAKE DISC' kat belakang SS2 mall hahahahah pe jadah la ni kannn... yang saya tau brake disc je la and skimming pun. skimming susu je la tauuu hahaha...rupa2 nya skimming brake disc tu kan macam alaaaa... how to put the word pun tak tau. tapi macam lebih kurang, kan kete kita selalu brake kan so die macam dah berhabuk kat brake disc tu so nanti ada la start bunyi2 bila kita brake and brake pun tak berfungsi sangat. skimming ni, kira macam bersih kan la.. haaaa, macam tu la kot.

sementara tunggu skimming thingy tu siap, ktorg pun nak cari la kedai makan since tak makan dari pagi. kat area workshop tu takde makanan melayu so ktorg pun jalan kaki pergi SS2 mall, ala tak jauh pun dalam 10 mins macam tu. best sangat sebab cuaca tak panas sangat. bila dah sampai... haaaaaa, sekali kat sane takde pun kedai melayu yang biasa2, fast food pun takde. ape laaaaaa.... so ktorg pun jalan la pergi SS2 murni. punya la jauhhh aduhaiiiii... tapi makann biasa2 je laaaa....

okay, after makan ktorg lelepak area situ2 jugak la and balik la ke workshop tadi..

sesudah setel dengan urusan tadi hahaha ktorg pun pergi ke bangsar untuk mem-BALANCING kan tayar :) wadduh waduhhhh complicated la kete2 ni kan... mengalahkan perempuannnn....
balancing ni macam nak balance kan tayar la supaya kereta kita ni boleh la jalan straight. haaaaa.... ok la tu kan knowledge sesikit pasal kete ni. foreman kete tu bagus and best. mesra pelanggan laaa. yang kelakar ye...

foreman : haiya u lain kali u tak payah ikut la, boring la sini.
hana : senyum
foreman : u pegi jalan itu midvalley lagi bagus.
hana : senyum lagi hahahahahahahah (padahal saya tak buat muka boring pun)

tau jugak la mcm mana nak check minyak hitam, air, tukar tayar haaaa hebat tak??? hahaha perempuan patut tau sesikit sebab if apa2 kita tau kan. ada la sikit pics time kat workshop tadi untuk tatapan korang :)


yang bende bulat berkilat tu la brake disc kawan2 hahahaha


ni proses men-cangkung sambil menengok hahahaha


proses mem-balancing kan tayar :)


sayang saya :)




peace yawww! :)

Monday, June 13, 2011

first visit at Italianies.



i love food. i love makan tu sebab saya mok mok. hahahaha bukan la saya ni selalu makan kat tempat memahal. if orang tanya how's itallianies maybe saya akan cakap biasa2 je. takde la special sangat, bukan la makanan yang saya akan teringin sangat melainkan orang belanja hahaha. price dia okay standard restoran seangkatan dengan ye la... food yang saya makan tu dalam rm50 include dengan 2 drinks. standard la tu kan. saya tak suka sangat main course but the drink and appetizer dia best :)



this one is Bruschetta, my appetizer. not bad la.

this one, saya x ingat but rasa lebih kurang macam carbonara tapi tak sedap baik gi kedai bebiasa je makan carbonara. and air kat belakang tu island breeeze sedapppp sgttt :) rasa macam tropical fruits macam tu la...

overall if korang nak makan kat sini, takde la sedap sangat tapi tak tahu la if ada makanan lain yang sedap kan hahahah. if ada yang sedap bagitau la saya okay.

peace yawwww :)



mee goreng hana special :)


saya tak tau la dengan hentam2 la dok masak mee ni tetiba jadi bualan hangat. hahahaha sikit2 hana nak mee... hana nak mee... hahahaha rasa macam biasa je tapi orang asyik dok suruh masak sampai dah bosan.. saya nak share sikit recipe mee yang tak seberapa ni. korang boleh la try dengan masa yang terluang okay. simple and senang je. recipe ni untuk sebungkus mee kuning cukup la untuk 5 orang mentedarah. hahaha

ingredients:

1) 1 peket mee kuning
2) fish cake & fish ball (dipotong)
3) 2 keping tauhu empat segi putih tu ( potong dadu)
4) 1 biji bawang merah
5) 5 ulas bawang putih
6) 3 tangkai cili padi
7) 4 sudu cili boh (cili giling)
8) 5 biji tauhu goreng yang bulat2 tu (potong 4)
9) sawi & taugeh (agak2 korang la nak banyak ke sikit)
10) tomato 2 biji (saiz sederhana, if besar guna 1 je dan dipotong dadu)
11) kicap
12) garam & gula
13) 3 biji telur
14) 2 kiub pati ayam


methods:

1) first sekali, blender bawang merah, putih and cili padi tadi.
2) panaskan minyak (agak2 la amount minyak tu) lepastu goreng fish cake & fish ball tadi sampai la half masak and masukkan tauhu putih. goreng sampai kekuningan.
3) lepastu, masukkan cili boh tadi agak2 dah naik ba
u masukkan bahan2 yang diblender tadi dan tomato.
4) sampai bau dah naik satu dapur rasa macam geli2 kat hidung, masukkan kicap. jangan banyak sangat (agak2 la). pastu masukkan kiub ayam and kacau.
5) dah sebati, masukkan pecah kan telur and kacau. masukkan mee, tauhu goreng & sayur2 tadi.
6) masukkan secubit garam (jangan letak banyak garam sebab mee and kicap tadi dah masin. if kurang masin just tambah kan kicap je and gula secukup rasa.
7) goreng sampai kering, if nak basah tambah kan sikit air and jangan goreng sampai kering.

siiiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapppppppppppppppppp :)
taddddaaa...


peace yaaawww! selamat mencuba.


rambut oh rambut!





today saya nak share sikit macam mana nak jaga rambut dengan cara HANA. alhamdulillah rambut saya ni tak banyak masalah. kelemumur takde, rambut pun tak rosak, hujung pun tak bercabang cuma ada rambut gatai2 sikit (ala macam terkeluar2 sikit tu), rambut saya memang kerap gugur sebab panjang dan kepala ni kerap sangat berminyak. saya tak cakap tapi orang la cakap rambut saya cantik *blushing* alhamdulillah kurniaan Allah swt, so saya nak share serba sedikit cara saya jaga rambut saya.

1) saya WAJIB basah and cuci rambut setiap hari. saya gunakan shampoo yang mild, means that shampoo ni kita boleh guna kan tiap hari. shampoo tiap2 hari tak bermakna kita beria2 shampoo sampai shampoo sebotol habis ditarah tak sampai seminggu, kita just letak sikit je... stress kan and cuci dekat kulit kepala since kulit kepala kita yang mnyebabkan punca2 masalah rambut. tak payah nak beria2 sampai satu kepala shampoo. now, saya guna safi shining black. ni la shampoo paling best toksah nak sunsilk2 semua tu, trust me. lembut gila. BF saya pun cakap memang lembut luar biasa and lagipun murah dan yang penting halal buatan malaysia :)


2) for rambut yang kering, silakan guna conditioner yang korang rasa okay. for me i LOVE dove. tapi saya tak pakai conditioner since rambut okay but saya pakai dove hair treatment atleast 2 hari sekali to moisten kan rambut. dove punya hair treatment TERBAIKK okay!



3) after dah cuci rambut, terus gulung kat rambut dengan tuala yang serap basah. jangan sekali2, geser2 kan rambut dengan tuala. sungguh tak elok untuk rambut, sebab boleh mnyebabkan rambut kita kasar sebab bergeser. sambil dah gulung kan rambut ngn tuala tu, pergi la siap2 and pakai baju ke hape keee...

4) lepas2 dah siap2 semua, bukak rambut yang digulung ngan tuala tadi, pastu start sikat. ulang2 sikat sampai takde tinggal rambut kat sikat. pastu urut2 kulit kepala ngan tuala tadi and gulung balik...

5) agak2 dah gulung lama, bukak tuala tu pastu campak je kat mana korang nak hahahah... sekarang ni proses pengeringan rambut. jangan la pakai hair dryer melainkan terpaksa ( kalau tak sempat ke, pakai tudung ke itu dimaafkan laaa) sebab itu boleh mnyebabkan rambut jadi extra kering. if nak guna jugak, hair dry sampai separuh kering je lepas tu biakan kering naturally. saya lagi suka kering kan guna kipas atau udara semulajadi. itulah terbaikkk :)

6) kalau rasa2 duit pocket tu ada extra boleh la beli serum. saya guna herbal essences entah mcm mana nak eja ntah yang color oren hijau tu. terbaikkkkk!



7) extra tips, kepada yang bertudung jangan/elakkan kan la pakai tudung dengan rambut basah okay. nanti rambut lembab cepat berbau, kasar and nanti senang pening2 but kalau dah tak sempat tu bo aje lahhh. yang paling penting, yang terbaik kita lepas kan aje rambut bagi die breath ( bagi yang bertudung, kat rumah je anda lakukan aksi ni ok) if nak ikat pun kalau boleh pakai kepit macam mulut buaya tu, elakkan pakai getah rambut sebab pressure terhadap rambut tak elok la nanti die akan tinggalkan kesan, kan mcm tak cantik. hehehe.

8) kepada yang berambut kerinting or lurus batal kan la niat anda nak rebonding ke perming ke.. nanti akan rosak kan lagi rambut. if nak buat pun buat lah yang temporary. anda lebih dinasihatkan buat treatment or steam je. kekal kan rambut original okay :)

so, inilah cara saya yang simple. bagi rambut healthy. cucilah rambut setiap hari. jangan biarkan rambut kita berminyak terlalu lama, nanti gatai2. hahahah peace yawww :)

Saturday, June 11, 2011

back :)

hahahaha.... lama gila la aku x update blog ntah ape2 ni... hahahahah last blog time 2009, now dah 2011 wth! dah setahun tak mem-blog! selamat aku ingat password lagi. mari kita update pe yg tertinggal okay. last year feb 2010, officially jadi student SEGI damansara. ambik course Bachelor (hons) accounting and finance 3+0 university of Teesside, U.K. sekarang dah masuk 2nd year. cepat ye masa berlaluuuuuuuuuu.. haiyooooo....... insyallah akan still continue updating this blog. takde la blog saya ni hebat sgt nk jadi gila untuk tatapan umum tapi untuk suka2 je nak share sikit life saya yang x seberapa ni tp still bersyukur :). so, tunggu aja okay. peace yaw!